Archive Page 3

18
May

Leganya Dah Viva MSc

Ari selasa lepas, aku jadik viva…. tu pun lepas dah konfem pengerusi gantian pada ari isnin…. aku tak study sangat untuk viva ni…. konon mcm terer la tanak blajo, padahal aku tak tau apa nak study…. just belajor tenang uv-vis dgn photoluminescence je…

Tiba ari selasa pagi tu, aku dah cuak….. Mula la peluh kluar padahal time subuh ari tu ujan, cuaca sejuk dan aku pun memang berdiri di depan aircon… mmg la sejuk cuaca, yg herannya badan aku berpeluh2 time viva tu…. ntah pehal ntah yg buat aku berpeluh… tapi aku kontrol lagi, rilekkan fikiran… jgn stress sangat… karang ada aku tak bleh jawab soalan…

Alhamdullillah… seb baik tak banyak soalan dari penilai luar… ada 2 soalan je yang dia nak tanya…. tu pun pengerusi yang tanyakan sbb biasanya viva master ni, penilai luar tak datang…. so far, aku takde masalah nak jawab soalan… sbb memang aku buat ujikaji tu, so takkan la tak dpt jawab…

Bila time penilai dalaman tanya, dapat la aku terangkan dengan baik… then dia komen la…. tesis aku ni takde banyak kesalahan untuk results dan disscussion projek, tapi aku banyak typing error dgn salah eja nama rujukan…. hehehhe… apa la aku ni… part yang paling senang pun bleh silap….

Pas abis tanya soalan, aku diminta kuar….. cuak gak masa diorang miting nak bagi result… tak sampai 15 minit, diorang panggil aku masuk bilik seminar untuk bagitau keputusan…. berdebar-debar beb… mintak2 lepas la…

Skali ni yg aku dengar…. Tahniah… Anda telah layak untuk menerima ijazah sarjana sains fizik dengan syarat anda harus membuat pembetulan yang telah diminta oleh penilai… Tempoh masa untuk buat pembetulan adalah 3 bulan… alahai, taks ampai seminggu je nanti aku buat pembetulan tu… kat repot dari penilai tu dah ada… malah penilai siap betulkan kat tesis aku je tu.. nanti check je la page by page kat tesis tu….

Pergh… lega giler tahap cipan… lepas gak akhirnya…. syukur, segala penat lelah aku dah nampak hasilnya…. aku pun nak acknowledge pada supervisors aku, kawan2 kat lab OCRG… last but not least, pada kedua2 penilai yg telah semak tesis aku… :)

10
May

.:Jenuhnya Nak Tunggu Bila Viva:.

aderghh… lamanya nak tunggu viva… aku dah boring tahap cipan… patutnya 8/5 ari tu, skali posponed plak… internal examiner aku plak ada hal.. tak dpt datang…aku dah sampai demam2 dan sakit tekak ni… dari ari selasa ptg sampai la ari ni… risau plak nanti time viva tekak aku ni tak baik2 lagi… nak ckp pun susah… tekak perit woo…

kendian, target 15/5 ni aku viva… ingatkan dah ok, skali pegerusi plak ada hal… bila tanya pengerusi pengganti, dia plak tak reply call dari kerani sps tu…. takkan nak posponed lagi.. aku dah bengang tahap dewa ni… mcm menunggu buah yg tak gugur… entah bila la nak setel segala urusan msc ni…. penantian, suatu penyeksaan.

bila prof samsudi ada hal, aku dah lega la… tak de la nanti soalan2 yg merapu akan kuar dari dia.. risau gak nanti tetiba dia dok serang aku memandangkan dia dgn supervisor aku tak ngam…..padahal dia hanya pengerusi…. pergh… satu kelegaan… tak la gigil lutut aku nanti dlm bilik seminar…

apa pun… sabar je la nak tunggu viva ni… jgn sampai aku dah takde semangat nanti masa nak viva, sudah la… viva ni penting beb… antara hidup dan mati…

29
Mar

Jual Bunga Time Konvo

weken lepas ada konvo kecik kat utm ni… seblum2 ni aku, en azman dgn wife dia ada ura2 nak bukak kedai jual bunga sempena konvo… skali hasrat kitorang pun berjaya… tapi kitaorang buat secara mobile la sebab tak tau dgn sape nak mintak gerai jual bunga kat sebelah DSI.

a few days before konvo, mula la collect duit utk buat modal beli bunga dari kl. kak naz sebuk la call kedai bunga kat kl, tempat slalu dia oder bunga. maklum la seblum ni dia penah jual bunga time konvo kat kolej dia ngajar dulu. banyak flyers yg diedarkan di sekitar u ni. selitkan kat wiper kete la, masukkan bawah pintu umah tamu dgn umah u la… dan masukkan flyers kat beg jubah graduan2 masa diorang nak amik jubah…:D

dari ari jumaat mlm tu dah setat gubah bunga kat lab…. sebabnya pejabat operasi kitaorang di makmal.. ekon bleh on 24 jam, kunci pun ketua makmal bagi pinjam, kena plak ketua makmal tu sporting…. aku dtg la lab dgn shahril, en azman dgn kak nad….dari pas isyak dok gubah bunga smpai tak sedar dah dekat kul 1 pagi… dgn tak makan malamnya, sebab dok ralit dgn bunga… hehehe..:)

bila ari sabtu pagi tu dapat jual satu jambak je… :( bila abis sesi pagi tu, aku dah mula garu kepala… bleh ke dapat jual suma bunga ni, maklum la kitaorang oder bunga untuk 30jambak…. sesi petang plak takde… jadi yg boleh harap pada ari ahad sbb ada 2 sesi… :)

alhamdulillah… masa sesi pagi hari kedua dapat la jual bunga banyak sket… bila kira2 secara kasarnya, modal dah lepas… syukur…. tu pun dah ubah strategi marketing… sebab pas je subuh dah tunggu kat car prk parents…. jual on the spot… bila sesi petang dah berakhir mula la jual murah2… sebab takkan nak biarkan bunga tu mcm tu je…

untuk ari ketiga tu masih ada lagi sesi konvo tapi waktu pagi…. kitorang buat flyers masa ari kedua petang… ubah strategi… rendahkan harga lagi…. nak abiskan bunga…. plan menjadi… sebab malamnya tepon aku berdering2 orang nak oder bunga untuk konvo ari ketiga.. ada tu call aku hampir kul 1pagi nak oder…. :)  kepala aku dah lega….

abis je konvo, dah buat kira2… alhamdulillah… syukur… pengalaman pertama jual bunga lepas balik modal.. dan dapat la untung sikit… buat upah wrap bunga dgn jual bunga…. :) :D tak kesah la badan penat, kurang energy sebab tak cukup tido… jual bunga dgn ngantuk dan mata lebam, tapi aku enjoy…. :D

tak pe, nanti konvo besar bln 8/9 ni kitaorang bukak gerai lagi.. tapi nanti kitaorang ada gerai sendiri…. (sbb dah tau kat sapa nak mintak gerai) :P

20
Mar

Sinopsis Filem Mukhsin

Orked bukan seperti budak perempuan lain, yang lebih suka bermain masak-masak dan kahwin-kahwin. Dia yang kasar kelakuannya, sukar diterima kanak-kanak lain di kampungnya. Malah, orang kampung memandang aneh keluarga ini seperti ketika Orked dan ibu, Mak Inom bermain hujan sementara ayah, Pak Atan melagukan keroncong.

Satu hari, Orked memerhati budak-budak lelaki bermain ‘hantu galah.’ Bila seorang pemainnya terseliuh kaki ada yang mencadangkan Orked menggantinya, tetapi seorang budak lelaki lagak ketua bukan saja enggan, malah membaling bola ke arahnya.

Orked diam, tidak mengelak biarpun bola yang dibaling keras terkena badannya. Sedang mereka mentertawakannya, dia membalas dengan membaling bola sama ke arah budak lelaki tadi yang terkena dahinya.

Dan, hidup Orked pun berubah.

Kehadiran Mukhsin, budak lelaki itu yang datang bercuti di kampungnya membibitkan persahabatan di antara mereka. Orked malah bergaya seperti Mukhsin - baju dan seluar lusuh, serta berkaki ayam, bermain dengan budak lelaki, memanjat pokok dan berbasikal.

Tapi, sebagai kanak-kanak yang meningkat remaja, Mukhsin mula menyimpan rasa terhadap Orked, menyebabkan ujud permasalahan antara mereka. Dan, bagaimana perasaan cinta mampu merosakkan sebuah persahabatan.

Filem Mukhsin berkisar tentang kasih sayang dan percintaan antara watak Orked, 10, dan Mukhsin, 12. Filem ini memaparkan tentang rasa cinta pertama yang timbul di hati mereka.

Bagaimanapun ketika itu masalah yang timbul ialah Orked masih terlalu mentah untuk bercinta, manakala Mukhsin pula sedang melalui zaman peralihan akil baligh.

Hingga hari terakhir Mukhsin meninggalkan kampung Orked, dia masih gagal meluahkan rasa cintanya.

Lalu Mukhsin pergi meninggalkan satu kenangan cinta indah buat Orked yang turut diminati seorang kanak-kanak Cina di sekolahnya.

Orked is ten. Mukhsin is twelve. They meet during one school holiday and quickly become the best of friends.

With “Mukhsin”, I try to examine one common and uncomfortable human experience: What happens when your best friend - someone with whom you’ve been learning to do cool things like climbing trees, flying kites and riding bicycles - starts to develop romantic notions about you?

I feel it’s an interesting human condition to look at, because I myself have never understood how, sometimes, something as beautiful as Love can threaten to end something else that’s just as beautiful - Friendship.

Kredit untuk Budiey (Penulis Sinopsis Filem Mukhsin)

Note: Telah mula ditayangkan di pawagam pada 8 Mac 2007.

12
Mar

Konsert Search.. Selepas Banjir…

Happening…. aku puas hati sesangat…

Bertempat di stadium tertutup mbjb…. aku pergi pun sebab dapat tiket free dari sinar.fm. saje gatal2 tepon sinar.fm masa isyarat memanggil untuk konsert search ni… pastu skali aku jadik pemanggil keenam dan berikan kata laluan…

Sampai je di stadium… aku nampak kelibat rockers2 lain seperti bandi amuk dgn wife (bandi tak pakai topeng)…. siap berdiri lagi sebelah aku… tapi tak sempat nak amik gambar….

Dihostkan oleh dj terkenal di melaka.fm, ismahalil hamzah (seblum ni kat THR fm dan pemilik restoran My Friend Station, Jlan Tun Razak- skrg dah berkubur tempat port aku lepak dulu dgn budak2 anjungcafe) persembahan pembukaan oleh kaum orang asli laut skudai, kumpulan ketam balung. menyanyikan lagu tradisi mereka… pada mulanya mereka hanya nyanyi sekali je… pas tu atas permintaan ramai…. mereka nyanyi hingga 3 kali.

Kesian makcik yg jadi lead singer tu.. tecungap2 tgk dia menyanyi sampai dia kata.. yg ketiga ni last… yang best siap menari lagi ikut irama muzik…

Then.. persembahan oleh kat mentor (adik ipar amy search) nyanyikan 3 lagu. lagu 1st, teman tapi mesra… ada elemen dangdut sket… bila time dia gelek tu… riuh stadium. maklum la yg ramainya lelaki… paham2 je la…. tapi bila dia nyanyi lagu permata biru… hancur sehancurnya…. nak tarik.. tapi sumbang… sampai bingit tinger dengar… mmg tak best pun dia nyanyi… lagu dia yg baru tak sedap… aku tak paham apa dia nyanyi…

Bila amy mula menaiki pentas…. diiringi pemuzik2nya seperti hillary ang, nasir, yazid dan pemuzik jemputan…. joe wings, mereka menggamatkan suasana dgn aksi hillary menunjukkan skil bermain gitar secara solo… diikuti dgn joe wings….

Konsert berlangsung selama 2 jam…. memberi kepuasan dgn lagu yg dinyanyikan secara non-stop… dan persembahan bertenaga amy… sambil bertujuan untuk beramal… separuh dari harga tiket yang berharga rm45… akan disumbangkan kepada mangsa2 banjir di negeri johor…

Job good search… atas keprihatinan anda selaku anak johor terhadap mangsa2 banjir…

21
Feb

Sumo-Lah (Versi Melayu)

* Filem ini akan
ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 2007*

 
Persatuan Restoran Sushi Kuala Lumpur akan menganjurkan pertandingan tahunan
mereka iaitu Sumo ‘Underground’. Boleh Sushi merupakan pasukan sushi tak
ternama adalah peserta runners-up tahun lalu kekurangan seorang peserta selepas
kehilangan tukang masak mereka, Hasan. Mereka harus mencari pengganti secepat
mungkin, dan secara kebetulan mereka berjumpa dengan Ramlee.

 
Apakah yang akan
terjadi bila seorang lelaki Melayu yang baran dan tiada keyakinan hidup dipaksa
menyertai dunia sumo yang terkenal dengan penuh cabaran?

 
Cerita ini
mengisahkan tetang seorang lelaki yang tidak ‘bermaya’ bernama Ramlee (Afdlin
Shauki) yang tidak mampu melakukan sesuatu kerja dan bekerja untuk tempoh masa
yang lama. Sikapnya ini telah mengecewakan ibunya (Kartina Aziz). Dalam keadaan
tiada pekerjaan dan kesempitan wang, Ramlee tekad untuk menyertai pertandingan
yang dianjurkan oleh pemilik restoran Boleh Sushi, Honda (Patrick Teoh) iaitu
‘Makan Sushi Sebanyak Mana Yang Anda Boleh Makan Secara Percuma’ dan
pertandingan itu dalam tempoh masa tertentu sahaja.

 
Dalam keadaan
yang sangat lapar dan tertekan dengan perjalanan hidupnya, Ramlee menyertai
pertandingan itu dan akhirnya kalah. Sebagai syarat di atas kekalahan itu,
Ramlee bekerja dengan Honda di restoran itu untuk menebus kekalahan itu. Maka
Ramlee menjadi pekerja Restoran Boleh Sushi bersamasama dengan Haris (Awie) dan
Andy (Radhi Khalid). Ramlee juga terpikat kepada anak gadis Honda yang cantik, Siti
(Inthira Charoenpura) yang memilik darah kacukan Jepun dan Melayu. Selepas
detik itu, barulah Ramlee mempelajari erti kehidupan selepas mendapat kerja,
rakan-rakan dan keluarga yang baik.

 
Suatu hari,
Ramlee sedar bahawa salah satu daripada tugasnya ialah dia harus menyertai
‘Malaysian Sushi Association Amateur Sumo Wrestling Championship’ yang
dianjurkan oleh semua pemilik restoran sushi tempatan yang dimiliki oleh local
Japanese.

 
Ketika Ramlee
menyertai perlawanan persahabatan, Akira (Gurmit Singh), iaitu bekas kekasih
Siti telah memperlekehkan Ramlee di khalayak ramai. Ini berlaku selepas Ramlee
mendapati dia telah diperangkap supaya bekerja dengan Boleh Sushi kerana Honda
terdesak untuk mencari ahli ketiga untuk pasukan sumo mereka.


Ramlee terpaksa
membuat pilihan – samada untuk menyertai dan berjuang untuk Boleh Sushi dalam
kejohanan itu atau meninggalkan keluarga barunya itu. Lalu, dia mengambil
keputusan untuk menyahut cabaran dan mula berlatih dengan ahli-ahli kumpulan
itu untuk kejohanan besar tersebut.

 
Ramlee juga
mempelajari maksud perkataan ‘nokotta’ – jangan berputus asa, pertandingan
masih belum berakhir. Dia mengerti bahawa apa jua keputusan, penghormatan dalam
pertandingan adalah perlawanan yang baik dan telus. Maka, cabaran Ramlee adalah
untuk mengabaikan ssmua alas an yang telah dia buat sebelum ini dan terus
berjuang hingga ke titisan peluh yang terakhir, tak kira apa jua yang berlaku.

 
*Mari kita
saksikan buah tangan Afdlin Shauki. Semoga anda seronok menonton cerita ini.
 

13
Feb

Review Filem- SUMO-LAH (English Version)

::Bakal ditayangkan di pawagam pada tahun 2007::

The Sushi Restaurant Association of Kuala Lumpur is
organizing their annual underground Sumo tournament. Boleh Sushi, a
small sushi joint and last year’s runners-up, are short one fighter
after losing their cook, Hassan. They have to find a replacement soon.
They accidentally find Ramlee.

Ramlee (Afdlin Shauki) is a down and out Malay boy who can’t seem
to hold down a job, much to his mother’s (Kartina Aziz) disappointment.
Out of a job and out of money, he stumbles across a challenge by sushi
restaurant owner Honda (Patrick Teoh) to “eat all you can for free food
– within a time limit”.

Hungry and desperate, Ramlee attempts the challenge, and fails. In
compensation, Honda lets Ramlee take a job at the restaurant to pay off
his due. Ramlee becomes a member of the Boleh Sushi shop staff, along
with Haris (Awie) and Andy (Radhi Khalid). Ramlee is immediately
attracted to Honda’s beautiful daughter, Siti (Inthira Charoenpura),
who is half-Japanese and half-Malay. He begins to learn the meaning of
having good work, good friends and family.
 
      

       
         

         

       

      

      

One
day he learns that part of his obligation is to take part in the
Malaysian Sushi Association Amateur Sumo Wrestling Championships held
by the local Japanese owners of sushi restaurants.

      

       
         

         

       

      

      

Whilst
taking part in the initial friendly bout, Akira (Gurmit Singh), Siti’s
ex-boyfriend, humiliates him in public. It is only after that that
Ramlee finds out that he had been tricked into working for Boleh Sushi
because Honda was desperate for a third member for their team.

      

       
         

         

       

      

      

Ramlee
has to make a choice – whether to stay on and fight for Boleh Sushi in
the upcoming Championships, or to give up on his new-found family. He
decides to step up to the challenge and begins training with the boys
for the big fight.

He learns the meaning of the
word “nokotta” – never give up, the fight is not yet won. He learns
that no matter what the result, the honour is in fighting the good
fight. Ultimately, Ramlee’s challenge is to let go of the excuses he
has made for himself, and to fight till the end, no matter what.
       

05
Feb

New Month, New Job

Januari telah berlalu. Datang pula Februari. Selama sebulan aku dok lepak2 kat umah, tanam anggur yang tak tumbuh2. Sambil2 tu carik keje kat Jobstreet dalam paper The Star etc. Dalam masa yang sama, aku aktif semula buat insuran. Maklum la, dah lepas exam PIAM tiga tahun lepas, pastu aku kejap on off je wat insuran. Bila dah setat blajo, langsung takde masa nak buat. Kepala otak asik pusing je, tension yang teramat.

Aku terserempak dgn co-supervisor masters degree aku dalam awal Januari. Dia minta aku apply jadi Research Officer sebab ada projek baru iaitu Projek SAGA. Aku amik je la peluang tu sementara aku nak dapat keje yang best. Janji pulus masuk. Pening wo nak carik duit bayar macam2. Duit minyak kete la, astro la, empon la, insurans la.. macam2 lagik la.

Semalam, 5.2.2007 tarikh officially aku setat keje. Tapi masa 2.2.2007 lepas aku datang opis nak mula keje, skali macam2 hal timbul. Permohonan aku jadi RO tak lepas. Borang apply keje aku sangkut lagi kat makmal projek. Ni suma RMC punya keje la. Alasan diorang aku ni lom VIVA lagi. So, selagi tak viva, aku ni dikira student.

Perghhhhhh… panas je hati aku pepagi jumaat tu. Dah la punya berkobar aku datang awal pagi in the morning, skali dapat berita macam tu, saper tak sakit hati. Bengkek je aku dengar. Aku kena apply under Skim Pelajar Bekerja. Aku jumpa la supervisor nak tanya pasal tu. Dia pun cakap, takkan la dia nak bayar aku pakai skim tu sebab aku akan dapat sikit je upah. Dalam seribu je sebulan, padahal elaun blajar aku time master je sebulan seribu setengah. Kalo aku keje kat luar dah senang2 gaji aku lebih dua ribu sebulan. Muai beb.

At last aku bincang2 dengan supervisor aku. Aku cakap la kalo dia nak bayar full, kena la bayar pakai cek, under special services.  So, dia setuju, aku pun suka la. Tak payah pening tapi masalahnya RMC plak nanti lambat nak approve baucer cek. 
Sebab dah banyak kali aku kena macam tu masa blajar dulu. Elaun bulan Disember, aku dapat dah nak penghujung bulan Januari. Huh… sakit poket aku time tu. Mana fikir nak bayar bil2 tu suma. Saving aku pun bukannya banyak.

Sabo je la. Bila tengok2 projek aku yang nak kena buat ni, pergh…. susah tahap cipan. Pasal NON-LINEAR OPTICS FOR PHOTONIC GLASSES. Aku baca teori je dah pening. Banyak sangat mekanik kuantum, padahal dulu masa degree mekanik kuantum aku pun cukup2 makan je. Takde la lulus dgn cemerlang…

Huhuhuhuhu… Sabo je la… Apa boleh buat. Demi sesuap rezeki yang halal, aku harungi jua

04
Jan

Review Filem – Tentang Bulan

Aku berkesempatan menonton citer
Tentang Bulan ni, arahan Ahmad Idham pada ari rabu tgh ujang lebat memandangkan
ari rabu harga tiket wayang murah murah sket kat GSC.
Cerita ni memang best, seronok sebab ia
mengimbau zaman kanak-kanak zaman-zaman 80an dulu. Teringat zaman aku kecik2
dulu. Ye la.. zaman nakal2 lagi.
Maklum la,
kanak2 ribena.

 

Cerita ni mengisahkan 5 kawan iaitu
Mawi, Abu (Bulat), Ibrahim (Ketot), Budi dan Ila yang bersahabat baik.
Biasa la, kalao citer budak2 ni
mesti ada salah sorang yang jadi leader. Dalam citer ni Mawi slalu jadi leader.
Bulat ni plak slalu kuat makan.
Kejap2 melantak
je keje dia. Ketot plak suka cakap mcm bagus je, tapi bila ada masalah slalu
dia pas pada Mawi untuk setelkan.
Budi ni ada penyakit semput dan dia memang tak lekang dgn
inhaler dia.

 

Setiap
malam pas balik mengaji diorang mesti lepak kat port diorang untuk melihat
bulan. Sambil2 tu masing2 berangan la nak jumpa bulan. Si mawi bercita2 nak
jadi angkasawan negara dan berangan nak pegi bulan. Si Bulat ni sambil baring2
kat port pun sempat mengunyah lagik. Tapi kesian kat Ila, selalu kena pukul dgn
maka dan ayah dia sebab berkawan dgn budak lelaki dan slalu balik ngaji lambat
sebab join budak 4 orang tu lepak kat port tengok bulan.

 

Suatu
hari ada budak pompuan baru pindah kat kampong diorang.
Apa lagi, budak2 lelaki ni suma dok tekel si Zurina (Ina)
ni. Maklum la, awek cun. Diorang dah pinggirkan Ila. Ila rasa kecik hati sebab
kawan2 dia suma dah tak nak kawan dengannya. Sampai la si Ila buat make over
tukar cara dressing. Bila si Ila ni dah pakai baju ala2 pompuan, budak2 ni
gelakkan dia. Sampai la Ila dihantar untuk tinggal dengan Paklongnya di KL, tak
sorang pun kawan2 ni tau dan amik pedulik. Bila Mawi tau tentang pemergian, dia
berasa bersalah sangat sebab tak endahkan Ila.

 

Pada hari pemergian Ila ke KL, Mawi
terus mengejar kereta bapa Ila. Tapi Mawi tak berjaya berjumpa Ila pada saat2
terakhir. Apakah yang terjadi selepas tu? Siapa yang berjaya berkahwin dgn Ina
selepas 20 tahun kemudian? Hehehe… Saje je aku tak nak bagitau, sebab nak soh
korang pegi tengok.

 

Tapi citer ni memang klakar giler
la. Aku asik tergelak sampai terkeluar air mata dari awal sampai la akhir
citer. Ye la, sebab flash back zaman kanak2 dolu2. ye la, main teng-teng, mandi
sungai, pegi ngaji malam2, bila malam2 tgk bulan, main lastik. View citer ni
pun best, lokasi di perlis, tengah2 ladang, ada keretapi barang lalu. Syahdu
bila kenangkan zaman kanak2.

 

Saper2 yang tak tengok lagi, aku
suggest baik korang pegi tengok dan korang bleh tau ending citer ni. Mesti suma
korang akan terhibur walaupun ada gak part sedih dalam citer ni.

02
Jan

How Can Be Lovers.. Part 2

bila saya terdengar lagu michael bolton tu, saya terus teringat kat awak. masa kita kenal dulu, kalo tak silap masa tahun 1999 kat anjungcafe, suma anjung tau, kalo kita berdua online je mesti gaduh giler babas. kat window mirc tu, chatters lain suma tgk ayat2 pergaduhan kita. kecoh la time tu. sampai bebudak ac cakap, kalo kita masuk je,anjungcafe dilanda  mcm peting beliung. sama jugak la kalo cakap kat tepon, mcm2 perkataan kuar. nasib baik yang dengar tu kita berdua je. kalo org lain dengar, mau geleng paler 20 kali.

saya heran la naper awak nak sangat bergaduh dgn saya kat AC. chatters AC yg lain cakap, awak suka gaduh dgn bebudak pompuan. malah obi sendiri cakap benda yang sama pada saya.. tu la… nak sangat gaduh dgn saya, at last samapi awak sendiri suka kat saya. siot je. padan muka. awak hingat saya suker kat awak. dah la mulut awak kalah macam  bontot ayam, seribu kali pun saya tak nak.

tapi awak ni mcm biskut. kejap ada kejap tak. dulu masa awak keje dkt company based kat hong kong, awak ada tolong passkan resume saya kat bos awak. konon saya nak carik keje la. time tu saya lom sambung master lagi la. taim tu pun awak dah mula bebaik dgn saya, ckp pun dah ok. tak macam dulu.

ceh… rupa-rupanya bila dah bebaik dgn saya, ada hati nak tekel saya. manyak cantik muker. kerana mulut santan binasa. saya tak boleh lupa kata2 awak dulu masa skali awak call saya. time tu saya tengah final year degree. tetiba je awak cakap awak bagi tempoh setahun kat saya, prepare apa2 yang patut, pastu awak nak kawen dgn saya. terus saya balas balik kata2 awak tu. awak ingat saya nak ke? dah la seblum ni perangai mcm apa.. tetiba je nak kawen dgn saya. huhuhuhu… soriii… naik lori la. mintak maaf la banyak2. saya.. belajar pun tak abis lagi.. nak soh kawen. tak rugged la. kalo nak kawan.. kawan je la. takde la citer2 pasal kawen ni. muda lagi beb. time tu saya baru 22 tahun. siot je..

to be continued…