Author Archive for ikacute



14
May

Rahsia Bulan Kelahiran

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI
* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik. * Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. * Rajin dan setiap yang dibuat Nampak keuntungan. * Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur. * Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. * Pandai mengambil hati orang lain. * Pendiam kecuali telah dirangsang. * Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. * Mudah mendisiplinkan diri sendiri. * Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. * Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya. * Cukup sayang pada kanak-kanak. * Suka duduk di rumah. * Setia pada segala-galanya. * Perlu belajar kemahiran bersosial. * Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
* Berfikiran abstrak. * Sukakan benda yang realiti dan abstrak. * Bijak dan pintar * Berpewatakan yang mudah berubah. * Mudah menawan orang lain. * Agak pendiam. * Pemalu dan rendah diri. * Jujur dan setia pada segalanya. * Keras hati untuk mencapai matlamat. * Tidak suka dikongkong. * Mudah memberontak apabila dikongkong. * Suka kegiatan yang lasak. * Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. * Mudah mempamerkan marahnya. * Tidak suka benda yang remeh-temeh. * Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. * Sangat berani dan suka memberontak. * Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. * Pemerhatian yang tajam. * Suka hiburan dan sukan. * Suka benda yang bersifat seni. * Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. * Berkecenderungan pada benda yang tahyul. * Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. * Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
* Berpesonaliti menarik dan menawan. * Mudah didampingi. * Sangat pemalu dan pemendam rasa. * Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. * Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. * Suka pada kedamaian. * Sangat peka pada orang lain. * Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. * Tidak cepat marah dan sangat amanah. * Tahu membalas dan mengenang budi. * Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. * Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. * Suka berangan-angan. * Suka melancong. * Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. * Kelam kabut dalam memilih pasangan. * Suka dengan hiasan rumahtangga. * Punya bakat seni dalalm bidang muzik. * Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. * Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

* Sangat aktif dan dinamik. * Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. * Sangat menarik dan pandai menjaga diri. * Punya daya mental yang sangat kuat. * Suka diberi perhatian. * Sangat diplomatik (pandai memujuk ). * Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. * Sangat berani dan tiada perasaan takut. * Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. * Emosi cepat terusik. * Cuba kawal perasaan. * Kecenderungan bersifat pendendam. * Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. * Kuat daya ingatan. * Gerak hati yang sangat kuat. * Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. * Berpenyakit di sekitar kepala dan dada. * Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
* Keras hati & degil. * Kuat semangat & bermotivasi tinggi. * Pemikiran yang tajam. * Mudah marah apabila tidak dikawal. * Pandai menarik hati & perhatian
orang lain . * Perasaan yang amat mendalam. * Cantik dari segi mental & fizikal. * Tidak perlu dimotivasikan. * Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. * Mudah dipujuk. * Bersikap sistematik (otak kiri). * Suka berangan. * Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. * Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. * Daya khayalan yang tinggi. * Permikiran yang tajam. * Pandai berdebat. * Fizikal yang baik. * Kelemahan sistem pernafasan. * Suka sastera, seni & muzik serta melancong. * Tidak berapa suka duduk di rumah. * Tidak boleh duduk diam. * Tidak punya ramai anak. * Rajin dan bersemangat tinggi. * Agak boros

JUN
* Berfikiran jauh & berwawasan. * Mudah ditawan kerana sikap baik. * Berperangai lemah lembut. * Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. * Idea yang terlalu banyak di kepala. * Bersikap sensitif. * Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). * Sukar melakukan sesuatu dengan segera. * Bersikap suka menangguh-nangguh. * Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. * Cepat marah & cepat sejuk. * Suka bercakap & berdebat. * Suka buat lawak & bergurau. * Otaknya cerdas berangan-angan. * Mudah berkawan & pandai berkawan. * Orang yang sangat tertib. * Pandai mempamerkan sikap. * Mudah kecil hati. * Mudah kena selsema. * Suka berkemas. * Cepat rasa bosan. * Sikap terlalu memilih & cerewet. * Kurang mempamerkan perasaan. * Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. * Suka pada barang yang berjenama. * Mudah menjadi eksekutif. * Kedegilan yang tidak terkawal. * Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
* Sangat suka didamping. * Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. * Agak pendiam kecuali dirangsang. * Ada harga dan maruah diri. * Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. * Mudah dipujuk dan bercakap lurus. * Sangat menjaga hati orang lain. * Sangat peramah. * Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. * Berjiwa sentimental. * Jarang berdendam. * Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. * Tidak suka benda remeh-temeh. * Membimbing cara fizikal dan mental. * Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. * Layanan yang serupa terhadap semua orang. * Tinggi daya simpati. * Pemerhatian yang tajam. * Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. * Mudah dan rajin belajar. * Suka muhasabah diri. * Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. * Suka mendiamkan diri. * Suka duduk di rumah. * Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. * Tidak agresif kecuali terpaksa. * Lemah dari segi kesihatan perut. * Mudah gemuk kalau tak kawal diet. * Minta disayangi. * Mudah terluka hati tapi lambat pulih. * Terlalu mengambil berat. * Rajin dalam membuat kerja

OGOS
* Suka berlawak. * Mudah tertawan padanya. * Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. * Berani dan tidak tahu takut. * Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. * Pandai memujuk orang lain. * Terlalu pemurah & bersikap ego. * Nilai harga diri yang sangat tinggi. * Dahagakan pujian. * Semangat juang yang luar biasa. * Cepat marah & mudah mengamuk. * Mudah marah apabila cakapnya dilawan. * Sangat cemburu. * Daya pemerhatian yang tajam & teliti. * Cepat berfikir. * Fikiran yang berdikari. * Suka memimpin & dipimpin. * Sifat suka berangan. * Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. * Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. * Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. * Belajar untuk bertenang. * Sikap kelam kabut. * Romantik, pengasih dan penyayang. * Suka mencari kawan

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur. * Sangat cermat, teliti & teratur. * Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. * Pendiam tapi pandai bercakap. * Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. * Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. * Kerja yang dilakukan sangat sempurna. * Sangat sensitif yang tidak diketahui. * Orang yang banyak berfikir. * Daya pentaakulan yang baik. * Otak bijak & mudah belajar. * Suka mencari maklumat. * Kawal diri dari terlalu mengkritik. * Pandai mendorong diri sendiri. * Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. * Suka sukan, hiburan & melancong. * Kurang menunjukkan perasaannya. * Terluka hatinya sangat lama disimpan. * Terlalu memilih pasangan. * Sukakan benda yang luas. * Bersistematik

OKTOBER
* Suka berbual. * Suka orang yang sayang padanya. * Suka ambil jalan tengah. * Sangat menawan & sopan santun. * Kecantikan luar & dalam. * Tidak pandai berbohong & berpura-pura. * Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. * Sentiasa berkawan. * Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama. * Cepat marah. * Macam pentingkan diri sendiri. * Tidak menolong orang kecuali diminta. * Suka melihat dari perspektifnya sendiri. * Tidak suka terima pandangan orang lain. * Emosi yang mudah terusik. * Suka berangan & pandai bercakap. * Emosi yang kelam kabut. * Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). * Suka melancong, bidang sastera & seni. * Pengasih, penyayang & lemah lembut. * Romantik dalam percintaan. * Mudah terusik hati & cemburu. * Ambil berat tentang orang lain. * Suka kegiatan luar. * orang yang adil. * Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. * Mudah patah semangat

NOVEMBER
* Banyak idea dalam perkara. * Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya. * Berfikiran ke hadapan. * Berfikiran unik dan bijak. * Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa. * Pemikiran yang tajam. * Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. * Sesuai jadi seorang doktor. * Cermat dan teliti. * Personaliti yang dinamik. * Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia. * Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. * Berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran. * Terlalu degil dan keras hati. * Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya. * Tak suka marah kecuali digugat. * Mudah ambil berat terhadap orang lain. * Pandai muhasabah diri. * Cara berfikir yang lain dari orang lain. * Otak yang sangat tajam. * Pandai mendorong diri sendiri. * Tidak hargai pujian. * Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. * Cuba sampai berjaya. * Badan yang sasa. * Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik. * Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. * Suka duduk di rumah. * Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. * Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. * Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. * Bercita-cita tinggi. * Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah. * Bersifat patriotik. * Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. * Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. * Bercita-cita tinggi. * Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. * Seronok bila didampingi. * Suka bercampur dengan orang. * Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai. * Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. * Tidak pandai berpura-pura. * Cepat marah. * Perangai yang mudah berubah-ubah. * Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi. * Benci pada kongkongan. * Suka berlawak. * Pandai buat lawak dan berfikiran logik

27
Mar

Mendua - Hampir ke Situ

Aku sadar bukan mudah
Untuk mengejar mimpi indah
Pernah suatu ketika dulu
Ku punya harapan besar
Kini aku tak pasti
Dapatkan ku miliki

Sudah jauh kita tempuh
Kekalkanlah impian lalu
Mungkin ada hikmat
Yang akan menunggu
Di penghujung jalan
Biar nanti kecewa
Setidak-tidaknya mencuba

(korus)
Jika halangan menduga perjalanan kita
Janganlah kau putus asa
Karena ku ada di sisi setia menemani
Andai semangatmu gugur
Genggamlah tanganku
Kita hampir ke situ

Adakala ku terasa
Ketabahan tak setegar
Tetapi apakan daya
Berhenti separuh jalan
Percayalah padaku
Aku yakin kita mampu

(ulang korus)

Biar orang katakan
Rapuhnya harapan
Bukan mereka tentukan lagi
Kau ada aku dan aku punya kamu
Amanlah akhirnya tetap bersama
Oh…

18
Mar

Teringat Zaman Dahulu..

Dahulu…

Kita membesar dgn menonton G-Force, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Gaban n Mickey Mouse. Not 2 forget Ninja Turtles, Mask, Cybercorp dan Voltron.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?… Hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan. Mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah…

Ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. Ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

Ni sure korang igt… program minum susu di skolah. Nak galakkan budak2 time tuh minum susu. Sekotak 30 sen jek beb…

Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan… kan?

Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 50 sen jek kat kantin.

Time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas
Jazz. Ada yang suka kasut high-cut yang buatan China tu… Ada yang suka stokin tebal laaa…

Internet? email? Menda alah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr.. Tiket wayang pun 5 henggit je.

Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee, Kum Kum, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, ‘telur’ keras warna warni, ‘rokok’ chewing gum, KIKI Bubble Gum. Tak dilupakan, ‘Ti Kam’. Bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. Boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh…

Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. Tinggalkan keje skolah, jom kita pegi
makan. Budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. Main bola laa, rounders laa…

Permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, ‘Pepsi Cola one-two-three’, ‘Police & Sentry’, main kejar2 duduk…

Kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10sen. Yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. Kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

Lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. Hmmm.. Ni pun kita main dulu ni.
Baling2 kapur laa.

Hmm… Budak2 skarang, bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu ‘We Are the World, We Are the Children…’ dan lagu ‘Uptown Girl’. Yang diorg tau, yg Westlife nyanyi….bkn Billy Joel nyanyi…

Bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru. Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun ‘Atari‘ dgn ‘Game & Watch’. Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih… Dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

Dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa
handphone…

Hmm… Jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. Korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. Kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. Korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. Kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. Kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. Bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal
cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2
dulu…

7. Last skali, bile dah bace ni, korang akan terpikir utk hantarkan benda ni dkt
member2 lame korg. Sure diorg suke punye laa… Hehehe

06
Feb

Ungu - Cinta Dalam Hati

Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dalam hidupmu, dalam hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku

Reff:
Ku ingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu
Hingga ujung waktuku

Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

17
Jan

*Kehidupan Ini.. Sekadar Renungan

Tidak!!!

Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar2 mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan
harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2 membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar suami/isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti tuntutan2nya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. “

Teman, renungilah pesanan ku ini,“Kadang2 Allah sembunyikan matahari…  Dia datangkan petir dan kilat..  kita menangis dan tertanya-tanya,  kemana hilangnya sinar.. Rupa2nya..  Allah nak hadiahkan kita pelangi..” “

`Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.

Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada…`

01
Jan

Pepatah & Pantun (Yg Diubahsuai)

Rasanya I got this via forwarding emails yg masuk kat my Yahoo inbox. Then ada save dlm pc ni… And I want to share it with all of you… Ketawa penawar duka…

1. Alang-alang mandi biar guna sabun.

2. Bapak borek, anak rintik, emaknya pasti petak-petak.

3. Belakang parang kalau diasah lagikan tajam, kepala manusia kalau diasah pasti botak.

4. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras.

5. Biar lambat asalkan lembab.

6. Biar putih tulang, jangan kuning gigi.

7. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi shuttlecock.

8. Cubit paha kanan, peha kiri tak rasa apa-apa pun.

9. Dari mana hendak ke mana, kenapa kau tanya, menyibuk pula.

10. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula.

11. Di mana bumi dipijak, di situ ada kesan kena pijak.

12. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu.

13. Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggal dunia.

14. Habis madu sepah dikitar semula.

15. Sedikit-sedikit lama-lama tinggal sikit.

16. Harapkan pagar, pagar tak boleh harap.

17. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.

18. Hidung tak mancung, gigi macam kereta sorong.

19. Hidup segan mati ditanam.

20. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik kalau hari tak hujan.

21. Jauh di mata sakit di hati.

22. Jika kail panjang sejengkal beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli le pukat tunda lagi baik)

23. Kais pagi makan pagi, kais petang simpan esok pagi.

24. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.

25. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah.

26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili.

27. Lembu punya susu, cap teko dapat nama.

28. Makan hati berulam jantung dengan jeruk buah pinggang dan usus masak kicap.

29. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan, tersumbat kat mulut, meleleh kat hidung.

30. Membujur lalu melintang pukang.

31. Orang memberi kita merasa, orang tak beri kita paksa dia.

32. Pandu cermat, jiwa Kassim Selamat.

33. Patah tumbuh hilang report polis.

34. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara, pondan tiang telepon.

35. Sambil menyelam tengok kapal selam.

36. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut.

37. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula makanan di dalam mulut.

38. Sehari selembar benang lama-lama benang habis.

39. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya tak dapat masuk olimpik juga.

40. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian cukai pendapatan.

41. Sudah gaharu cendana pula, sudah digaru gatal pula.

42. Sudah jatuh ditimpa tangga, kemudian ditimpa bendul, kemudian ditimpa rumah, kemudian

43. Tiada rotan pelempang berguna juga.

44. Waktu kecil menjadi kawan, sudah besar menjadi lawan, bila tua penyakit sawan.

Kita layan pantun plak…

1. Berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian,
kerana rakit pecah dilibas buaya, bersakit-sakit dahulu,
bersenang-lenang kemudian,
pasal dapat banyak duit hasil jualan kulit buaya yang libas rakit tadi tu.

2. Pisang emas dibawa belayar, masak sebijik aje di atas peti,
pasal pisang yang lainnya habis dibedal
kelasi kapal tu

3. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan,
sebab tu lah pekasam tu masam, bila diseluk kena ketiak masam.

4. Sorong papan tarik papan, buah keranji dalam perahu,
suruh makan engkau makan papan, kalau boleh nak makan perahu.

5. Tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah, berak tak basuh.

 Sekadar Hiburan… Laugher is the best medicine…

23
Dec

Cinta, Sayang, Minat Dan Suka

Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (Ddalam erti lain: cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. Selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (Dalam erti lain: sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(Dalam erti lain: suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya perut kita dah nak pecah…)

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(Dalam erti lain: minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat, suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…

14
Sep

Ramadhan Datang Lagi

Syukur… aku masih menghirup udara di muka bumi Allah..

Kini, Ramadhan Al-Mubarak, bulan yang sangat2 ditunggu oleh para muslimin dan muslimat menjelma kembali… Kedatangan Ramadhan disambut dengan penuh keinsafan, membuatkan aku sebagai insan yang kerdil ini selalu memuhasabahkan diri, menilai kembali segala yang telah kutempuhi sepanjang perjalanan hidupku…

Syukur kerana aku diberi kelapangan masa untuk melakukan ibadah2 sunat di bulan Rejab dan Syaaban walaupun banyak tugasan2 lain yang perlu dilaksanakan…

Aku gembira kerana kedua2 adikku yang belajar di Jepun dan Mesir dapat menyambut awal Ramadhan bersama famili di kampung, walaupun Yem akan pulang ke Jepun 18/9 ni dan Han dapat berpuasa penuh dan beraya di Malaysia pada tahun ni..

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat datang bulan Ramadhan, bulan penuh keberkatan… Ambillah peluang ni untuk melipatgandakan amal ibadah kita kepada Yang Maha Esa.. Ampun dan Maaf andai ada terkasar bahasa dan terguris rasa sepanjang persahabatan dan persaudaraan yang telah dijalinkan…

"AHLAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK"

20
Jun

Second Harmonic Generation (SHG)

Second harmonic generation (SHG; also called frequency doubling) is a nonlinear optical process, in which photons
interacting with a nonlinear material are effectively "combined" to
form new photons with twice the energy, and therefore twice the frequency and half the wavelength of the initial photons.

Second harmonic generation was first demonstrated by P. A. Franken, A. E. Hill, C. W. Peters, and G. Weinreich at the University of Michigan, Ann Arbor, in 1961. The demonstration was made possible by the invention of the laser,
which created the required high intensity monochromatic light. They
focused a ruby laser with a wavelength of 694 nm into a quartz sample.
They sent the output light through a spectrometer,
recording the spectrum on photographic paper, which indicated the
production of light at 347 nm. Famously, when published in the journal Physical Review Letters
(citation below), the copy-editor mistook the dim spot (at 347 nm) on
the photographic paper as a speck of dirt and removed it from the
publication.

In recent years, SHG has been extended to biological applications. Researchers Leslie Loew and Paul Campagnola at the University of Connecticut
have applied SHG to imaging of molecules that are intrinsically
second-harmonic-active in live cells, such as collagen, while Joshua
Salafsky [1]
is pioneering the technique’s use for studying biological molecules by
labeling them with second-harmonic-active tags, in particular as a
means to detect conformational change at any site and in real time.
SH-active unnatural amino acids can also be used as probes.

p/s: benda ni la buat aku sakit kepala tetiap ari…

03
Jun

Langkawi.. Here I Come…

Last week, kita gi Langkawi, attend
seminar kat sana… Sambil2 tu cuti2 Malaysia la…. Almost a week la
kat sana, dari 28 Mei hingga 1Jun 2007.

Travel by aetopen, bak kata little lokman (aeroplane).. Dari Senai
Airport flight kul 9.25am, naik Air Asia (Airbus tuuu…) sampai LCCT
dlm sejam je…. pastu transit seblum flight ke Langkawi kul 12.50pm,
naik Air Asia gaks… dari Jb dgn En. Azman… My supervisor, Dr. Supar
datang dgn famili drive dr Jb dan kendian naik feri..

Seminar kat Bayview Hotel, Kuah. So, dekat la nak shopping.. Bila
skip waktu seminar masa first day, pegi la jenjalan ke Underwater World
dan naik Cable Car… huhuhu… gayat beb masa naik Cable car tu…

Then second day tu baru la session kitaorang. Kita kena poster
presentation, yg lain oral presentation… By the way, poster kita
terpilih sebagai salah satu best poster award… First time tu menang award… seblum ni penah antar skali poster tp tak dapat apa2 award pun…

Ari2 lain jenjalan kat area pekan kuah je.. sbb hotel mmg kat Kuah.
Lagipun segala mcm barang2 ada jual kat area Kuah tu… Kita borong
coklat je la sbb murah especially yg imported… Bila balik penuh satu beg dgn coklat.. huhuhu

Ari jumaat pas closing dan lunch, kemas2 barang…. dah nak balik
pun… Balik naik MAS plak… dari Langkawi flight kul 6.30pm.. sampai
KLIA kul 7.30pm… Transit sat dan flight balik JB kul 9.05pm….

Balik tu kita terus demam… uwaaaa…