Archive for February, 2009

26
Feb

:: Perkara Yang Kita Tidak Tahu Di Palestin ::

Note: Tulisan rakan, Khalid88 di forum WebKL.Net

Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati. I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi:

Mesir

Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan.. the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran…

“Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!” – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza . Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine.

Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir… tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak.. tapi perit nya.. yg mintak rasuah… charge naik bas 500 meter is RM70!!!

Memang sekutu kuat Amerika and Israel .
(Eee… tak ingin hantar anak gi Al Azhar.. lebih baik hantar ke negara Islam lain.. UIA pun dah bagus!!!)

Gaza ( Palestine )

Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah… Belah Fatah ada kasino!
Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza! Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie. Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu.. Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini (lupa nama .. tapi dia mention Hashim….) Beautiful country, iklim Mediterranean.. boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan.. !!!)

Hamas

Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap “Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi”… like they know they can die anytime. Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel… punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata. Hamas ada 25,000 org.. tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups. Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga. Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anaknya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal. Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn…

Rakyat Palestine

Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan.
Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke… terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit! Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus.. sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit…. Razali kata tak de apa yg TINggal… semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there… Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang… Nauzubillah.

Ada banyak lagi.. but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza… So, inilah yg diceritakan oleh beliau. Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha… yg paling dekat… SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel. So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

11
Feb

:: Mengapa Yahudi Bijak? ::

Oleh : Dr. Stephen Carr Leon

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”.

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami. Saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya. Oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau.

Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “Ia, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau. Sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan kurma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang. Menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan perkembangan dan pertumbuhan otak anak di dalam kandungan.

Menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan. Menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama.

Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka. Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin. ini adalah suatu kewajipan.

Menurut mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Ini menurut saintis Yahudi, getaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan.

Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak-anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun ke belakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara di samping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini. Murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering. Idea itu akan dibawa ke institut tinggi di Politeknik dan Universiti. Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US 1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan.

Dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah! Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.

Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar. Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin?

Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung. Galakkanlah si ibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan. Makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak. Menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka.

Demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok.

Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !! Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.

Lihat saja Indonesia. Jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$0.70cents !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi?

Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

04
Feb

:: Health Is Wealth: Health Benefits of Fruits & Vegetables ::

APPLES => Apples are high in fibre and Vitamin C. Flavonoids found in apples are known to have anti-inflammatory and anti-cancer actions. It can also help reduce blood cholesterol levels.

BELL PEPPER => Bell peppers which contain high levels of antioxidant can help reduce risk of heart disease. It is also a rich source of Vitamin C.

TOMATOES => Tomatoes contains lycopene, a powerful cancer fighter. They are also a rich source of Vitamin C and E.

CHINESE TEA => Drinking tea regularly can help to remedy many health problems like hypertension, cancer as well as heart disease.

WATER => Water consumption is essential in maintaining and regulating the body’s system. It transports nutrients to cells within the blood and also aids food digestion and regulates body temperature.

STRAWBERRY => Ellagic acid found in strawberries appears to inhibit tumor growths. It can also raise the antioxidant levels in the body. A rich source of Vitamin C too.

BOK CHOI => Bok Choi has calcium to provide for healthy bones. Carotenoids in bok choi also acts as antioxidants and can reduce free radical damage in the body.

PEACHES => Peaches are low in calories but rich in iron, potassium and Vitamin C. it also has a gentle laxative effect.

LEMONS => Lemons are very high in Vitamin C content. It is also known to have anti-cancer effects due to limonoid phytochemicals that is found in it. Lemons can also lower cholesterol levels.

CARROTS => Carrots have extremely high beta-carotene content. It’s many health benefits include protection against coronary heart disease and several cancers. Carrots also lower blood cholesterol and guards against food poisoning.

GRAPES => Grapes contain powerful antioxidants and resveratrol, which helps to prevent both the narrowing and hardening of the arteries. Ellagic acid found in grapes has anti-cancer properties.

ORANGES => Oranges, one of the high sources of Vitamin C, helps to maintain the body’s defense. Flavonoids, found in oranges, are thought to reduce the risk of some cancer.

02
Feb

:: Nescafe 3 in 1 Merosakkan Jantung & Buah Pinggang ::

Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan……

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun  mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam setiap 2/3 hari.
6. Tapak tangannya semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan ‘Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah.


Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in 1. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung.

Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)’

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)
2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu dengannya
7. Elakkan mandi selepas makan

8. Amalkan amalan:Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit, selepas itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.
9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas nama habbatus sauda.
10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik, ulam-ulam dsbnya.
11. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik berderai dan tidak melekat.

Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.

Dear Friends,

I’m strongly agreed on these issues because it happens to one of my friend in HSS Integrated Consultant. Beliau sekarang menjalani rawatan dialysis setiap 3 hari. Now its been already 9 years he is suffering with this kidney problem. The doctor yang check dia kata, the main cause is:

1.        Breakfast with Nescafe
2.        10am break with Nescafe
3.        Lunch with Nescafe ais
4.        Minum petang also with Nescafe.
5.        Malam supper pun pekena Nescafe.

So, hope for best for those who still love Nescafe.