Archive for October, 2008

14
Oct

:: Kenapa Orang Melayu Makan Dengan Tangan ::

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya. Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.

Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan. Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya “Chersonese - The Guilding Off” oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya….. !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya:  “Kenapa anda makan dengan tangan? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ”

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab:

Pertama:  Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua:  Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

Ketiga:     Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang…. ……… !!

Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut…. ……..

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu…

09
Oct

Cerita Otai Ayam

Satu hari seorang penternak ayam di pinggir bandar pergi membeli seekor ayam jantan jaguh muda untuk mengawankan ayam-ayam betinanya. Setiba di rumah, penternak ayam itupun segera masukkan ayam jaguh barunya itu ke dalam reban supaya dapat terus ‘bekerja’.

Ayam jaguh muda itu pun berjalan ke arah ayam jantan tua di dalam reban itu lalu berkata, “OK, ayam tua, pegi la dok kat luar tu, engkau kira dah pencen la.”

Ayam tua itu pun berkata,”Engkau takkan la boleh handle semua ayam-ayam aweks ni… Tengok je la apa dah jadi kat aku nih…”

Ayam jaguh muda sambung mengejek dengan angkuh, “Dah la tu pakcik, jangan la nak dolak dalih… pegi aje la, jangan nak susahkan aku. Dah tiba masa untuk si jaguh berdarah panas pulak amik alih, pegi! Pegi main jauh-jauh!”

Ayam jantan tua itu pun berkata, “Alaa… kemmon la… bagi la kat aku dua ekor je ayam betina yang dah tua sikit untuk aku buat geli-geli kat ujung reban nih. Aku janji tak kacau engkau.”

Ayam jaguh muda itu pun naik berang lalu mengherdik ayam jantan tua itu, “Hoi!! Tak paham bahasa ayam ke??? Aku kata pegi, pegi la… Sepak kang si tua nih!”

Ayam tua itu pun berfikir sebentar dan berkata dengan sopan, “OK la hensem. Cam ni la. Kita race keliling kebun kat depan nih. Sapa menang, dia jadik chief ayam kat reban nih dan dapat semua ayam betina kat sini. Amacam? Aku ni dah tua, engkau bagi la aku start dulu ek… Takkan engkau tak leh menang. Kalau aku kalah pun sekurang-kurangnya ayam betina lain tau engkau dah kalahkan aku dan aku dah tak layak lagi mengawan dengan diorang tu… Engkau pun nanti nampak lagi macho…”

Ayam jaguh muda sambil tersenyum akibat dibodek pun berkata, “Hmm… OK jugak tu.” Maka, seperti racing F1, semua ayam-ayam betina pun berkumpul depan reban melihatkan ayam tua mula berlari sambil ayam-ayam betina bersorak-sorak. Selepas 15 saat, ayam jaguh muda pun mula berlari mengejar ayam tua.

Ketika mereka berlari di depan rumah penternak, ayam jaguh muda sudah hampir memotong ayam tua dan berada kira-kira tiga langkah sahaja di belakang ayam tua. Ayam tua berlari sambil menjerit sekuat-kuat hatinya seperti ayam gila. Ayam jaguh muda sudah membayangkan waktu dia bergembira dengan dayang-dayang yang cantik molek.

Penternak yang sedang berehat di laman rumah mendongak melihat 2 ekor ayamnya kejar mengejar, terus mencapai senapang patahnya dan…

BOOM….!!!! Dia menembak ayam jaguh muda itu yang tercampak dan terus mati. Penternak itu menggeleng kepala, menoleh kepada isterinya dan berkata, ‘Cipan betul lah Ma… Tu dah ayam jaguh ketiga Pa beli minggu ni yang homoseks!’

Kesimpulan: jangan memandang enteng pada yang otai…

Nota: Nama dan tempat dirahsiakan bagi menjaga identiti ayam tua itu.