Archive for September, 2007

14
Sep

Ramadhan Datang Lagi

Syukur… aku masih menghirup udara di muka bumi Allah..

Kini, Ramadhan Al-Mubarak, bulan yang sangat2 ditunggu oleh para muslimin dan muslimat menjelma kembali… Kedatangan Ramadhan disambut dengan penuh keinsafan, membuatkan aku sebagai insan yang kerdil ini selalu memuhasabahkan diri, menilai kembali segala yang telah kutempuhi sepanjang perjalanan hidupku…

Syukur kerana aku diberi kelapangan masa untuk melakukan ibadah2 sunat di bulan Rejab dan Syaaban walaupun banyak tugasan2 lain yang perlu dilaksanakan…

Aku gembira kerana kedua2 adikku yang belajar di Jepun dan Mesir dapat menyambut awal Ramadhan bersama famili di kampung, walaupun Yem akan pulang ke Jepun 18/9 ni dan Han dapat berpuasa penuh dan beraya di Malaysia pada tahun ni..

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat datang bulan Ramadhan, bulan penuh keberkatan… Ambillah peluang ni untuk melipatgandakan amal ibadah kita kepada Yang Maha Esa.. Ampun dan Maaf andai ada terkasar bahasa dan terguris rasa sepanjang persahabatan dan persaudaraan yang telah dijalinkan…

"AHLAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK"