Archive for May 18th, 2007

18
May

Leganya Dah Viva MSc

Ari selasa lepas, aku jadik viva…. tu pun lepas dah konfem pengerusi gantian pada ari isnin…. aku tak study sangat untuk viva ni…. konon mcm terer la tanak blajo, padahal aku tak tau apa nak study…. just belajor tenang uv-vis dgn photoluminescence je…

Tiba ari selasa pagi tu, aku dah cuak….. Mula la peluh kluar padahal time subuh ari tu ujan, cuaca sejuk dan aku pun memang berdiri di depan aircon… mmg la sejuk cuaca, yg herannya badan aku berpeluh2 time viva tu…. ntah pehal ntah yg buat aku berpeluh… tapi aku kontrol lagi, rilekkan fikiran… jgn stress sangat… karang ada aku tak bleh jawab soalan…

Alhamdullillah… seb baik tak banyak soalan dari penilai luar… ada 2 soalan je yang dia nak tanya…. tu pun pengerusi yang tanyakan sbb biasanya viva master ni, penilai luar tak datang…. so far, aku takde masalah nak jawab soalan… sbb memang aku buat ujikaji tu, so takkan la tak dpt jawab…

Bila time penilai dalaman tanya, dapat la aku terangkan dengan baik… then dia komen la…. tesis aku ni takde banyak kesalahan untuk results dan disscussion projek, tapi aku banyak typing error dgn salah eja nama rujukan…. hehehhe… apa la aku ni… part yang paling senang pun bleh silap….

Pas abis tanya soalan, aku diminta kuar….. cuak gak masa diorang miting nak bagi result… tak sampai 15 minit, diorang panggil aku masuk bilik seminar untuk bagitau keputusan…. berdebar-debar beb… mintak2 lepas la…

Skali ni yg aku dengar…. Tahniah… Anda telah layak untuk menerima ijazah sarjana sains fizik dengan syarat anda harus membuat pembetulan yang telah diminta oleh penilai… Tempoh masa untuk buat pembetulan adalah 3 bulan… alahai, taks ampai seminggu je nanti aku buat pembetulan tu… kat repot dari penilai tu dah ada… malah penilai siap betulkan kat tesis aku je tu.. nanti check je la page by page kat tesis tu….

Pergh… lega giler tahap cipan… lepas gak akhirnya…. syukur, segala penat lelah aku dah nampak hasilnya…. aku pun nak acknowledge pada supervisors aku, kawan2 kat lab OCRG… last but not least, pada kedua2 penilai yg telah semak tesis aku… :)