Archive for May, 2007

18
May

Leganya Dah Viva MSc

Ari selasa lepas, aku jadik viva…. tu pun lepas dah konfem pengerusi gantian pada ari isnin…. aku tak study sangat untuk viva ni…. konon mcm terer la tanak blajo, padahal aku tak tau apa nak study…. just belajor tenang uv-vis dgn photoluminescence je…

Tiba ari selasa pagi tu, aku dah cuak….. Mula la peluh kluar padahal time subuh ari tu ujan, cuaca sejuk dan aku pun memang berdiri di depan aircon… mmg la sejuk cuaca, yg herannya badan aku berpeluh2 time viva tu…. ntah pehal ntah yg buat aku berpeluh… tapi aku kontrol lagi, rilekkan fikiran… jgn stress sangat… karang ada aku tak bleh jawab soalan…

Alhamdullillah… seb baik tak banyak soalan dari penilai luar… ada 2 soalan je yang dia nak tanya…. tu pun pengerusi yang tanyakan sbb biasanya viva master ni, penilai luar tak datang…. so far, aku takde masalah nak jawab soalan… sbb memang aku buat ujikaji tu, so takkan la tak dpt jawab…

Bila time penilai dalaman tanya, dapat la aku terangkan dengan baik… then dia komen la…. tesis aku ni takde banyak kesalahan untuk results dan disscussion projek, tapi aku banyak typing error dgn salah eja nama rujukan…. hehehhe… apa la aku ni… part yang paling senang pun bleh silap….

Pas abis tanya soalan, aku diminta kuar….. cuak gak masa diorang miting nak bagi result… tak sampai 15 minit, diorang panggil aku masuk bilik seminar untuk bagitau keputusan…. berdebar-debar beb… mintak2 lepas la…

Skali ni yg aku dengar…. Tahniah… Anda telah layak untuk menerima ijazah sarjana sains fizik dengan syarat anda harus membuat pembetulan yang telah diminta oleh penilai… Tempoh masa untuk buat pembetulan adalah 3 bulan… alahai, taks ampai seminggu je nanti aku buat pembetulan tu… kat repot dari penilai tu dah ada… malah penilai siap betulkan kat tesis aku je tu.. nanti check je la page by page kat tesis tu….

Pergh… lega giler tahap cipan… lepas gak akhirnya…. syukur, segala penat lelah aku dah nampak hasilnya…. aku pun nak acknowledge pada supervisors aku, kawan2 kat lab OCRG… last but not least, pada kedua2 penilai yg telah semak tesis aku… :)

10
May

.:Jenuhnya Nak Tunggu Bila Viva:.

aderghh… lamanya nak tunggu viva… aku dah boring tahap cipan… patutnya 8/5 ari tu, skali posponed plak… internal examiner aku plak ada hal.. tak dpt datang…aku dah sampai demam2 dan sakit tekak ni… dari ari selasa ptg sampai la ari ni… risau plak nanti time viva tekak aku ni tak baik2 lagi… nak ckp pun susah… tekak perit woo…

kendian, target 15/5 ni aku viva… ingatkan dah ok, skali pegerusi plak ada hal… bila tanya pengerusi pengganti, dia plak tak reply call dari kerani sps tu…. takkan nak posponed lagi.. aku dah bengang tahap dewa ni… mcm menunggu buah yg tak gugur… entah bila la nak setel segala urusan msc ni…. penantian, suatu penyeksaan.

bila prof samsudi ada hal, aku dah lega la… tak de la nanti soalan2 yg merapu akan kuar dari dia.. risau gak nanti tetiba dia dok serang aku memandangkan dia dgn supervisor aku tak ngam…..padahal dia hanya pengerusi…. pergh… satu kelegaan… tak la gigil lutut aku nanti dlm bilik seminar…

apa pun… sabar je la nak tunggu viva ni… jgn sampai aku dah takde semangat nanti masa nak viva, sudah la… viva ni penting beb… antara hidup dan mati…