
Happening…. aku puas hati sesangat…
Bertempat di stadium tertutup mbjb…. aku pergi pun sebab dapat tiket free dari sinar.fm. saje gatal2 tepon sinar.fm masa isyarat memanggil untuk konsert search ni… pastu skali aku jadik pemanggil keenam dan berikan kata laluan…
Sampai je di stadium… aku nampak kelibat rockers2 lain seperti bandi amuk dgn wife (bandi tak pakai topeng)…. siap berdiri lagi sebelah aku… tapi tak sempat nak amik gambar….
Dihostkan oleh dj terkenal di melaka.fm, ismahalil hamzah (seblum ni kat THR fm dan pemilik restoran My Friend Station, Jlan Tun Razak- skrg dah berkubur tempat port aku lepak dulu dgn budak2 anjungcafe) persembahan pembukaan oleh kaum orang asli laut skudai, kumpulan ketam balung. menyanyikan lagu tradisi mereka… pada mulanya mereka hanya nyanyi sekali je… pas tu atas permintaan ramai…. mereka nyanyi hingga 3 kali.
Kesian makcik yg jadi lead singer tu.. tecungap2 tgk dia menyanyi sampai dia kata.. yg ketiga ni last…
yang best siap menari lagi ikut irama muzik…
Then.. persembahan oleh kat mentor (adik ipar amy search) nyanyikan 3 lagu. lagu 1st, teman tapi mesra… ada elemen dangdut sket… bila time dia gelek tu… riuh stadium. maklum la yg ramainya lelaki… paham2 je la….
tapi bila dia nyanyi lagu permata biru… hancur sehancurnya…. nak tarik.. tapi sumbang… sampai bingit tinger dengar… mmg tak best pun dia nyanyi… lagu dia yg baru tak sedap… aku tak paham apa dia nyanyi…
Bila amy mula menaiki pentas…. diiringi pemuzik2nya seperti hillary ang, nasir, yazid dan pemuzik jemputan…. joe wings, mereka menggamatkan suasana dgn aksi hillary menunjukkan skil bermain gitar secara solo… diikuti dgn joe wings….
Konsert berlangsung selama 2 jam…. memberi kepuasan dgn lagu yg dinyanyikan secara non-stop… dan persembahan bertenaga amy… sambil bertujuan untuk beramal… separuh dari harga tiket yang berharga rm45… akan disumbangkan kepada mangsa2 banjir di negeri johor…
Job good search… atas keprihatinan anda selaku anak johor terhadap mangsa2 banjir…

0 Responses to “Konsert Search.. Selepas Banjir…”
Leave a Reply