Archive for March, 2007

29
Mar

Jual Bunga Time Konvo

weken lepas ada konvo kecik kat utm ni… seblum2 ni aku, en azman dgn wife dia ada ura2 nak bukak kedai jual bunga sempena konvo… skali hasrat kitorang pun berjaya… tapi kitaorang buat secara mobile la sebab tak tau dgn sape nak mintak gerai jual bunga kat sebelah DSI.

a few days before konvo, mula la collect duit utk buat modal beli bunga dari kl. kak naz sebuk la call kedai bunga kat kl, tempat slalu dia oder bunga. maklum la seblum ni dia penah jual bunga time konvo kat kolej dia ngajar dulu. banyak flyers yg diedarkan di sekitar u ni. selitkan kat wiper kete la, masukkan bawah pintu umah tamu dgn umah u la… dan masukkan flyers kat beg jubah graduan2 masa diorang nak amik jubah…:D

dari ari jumaat mlm tu dah setat gubah bunga kat lab…. sebabnya pejabat operasi kitaorang di makmal.. ekon bleh on 24 jam, kunci pun ketua makmal bagi pinjam, kena plak ketua makmal tu sporting…. aku dtg la lab dgn shahril, en azman dgn kak nad….dari pas isyak dok gubah bunga smpai tak sedar dah dekat kul 1 pagi… dgn tak makan malamnya, sebab dok ralit dgn bunga… hehehe..:)

bila ari sabtu pagi tu dapat jual satu jambak je… :( bila abis sesi pagi tu, aku dah mula garu kepala… bleh ke dapat jual suma bunga ni, maklum la kitaorang oder bunga untuk 30jambak…. sesi petang plak takde… jadi yg boleh harap pada ari ahad sbb ada 2 sesi… :)

alhamdulillah… masa sesi pagi hari kedua dapat la jual bunga banyak sket… bila kira2 secara kasarnya, modal dah lepas… syukur…. tu pun dah ubah strategi marketing… sebab pas je subuh dah tunggu kat car prk parents…. jual on the spot… bila sesi petang dah berakhir mula la jual murah2… sebab takkan nak biarkan bunga tu mcm tu je…

untuk ari ketiga tu masih ada lagi sesi konvo tapi waktu pagi…. kitorang buat flyers masa ari kedua petang… ubah strategi… rendahkan harga lagi…. nak abiskan bunga…. plan menjadi… sebab malamnya tepon aku berdering2 orang nak oder bunga untuk konvo ari ketiga.. ada tu call aku hampir kul 1pagi nak oder…. :)  kepala aku dah lega….

abis je konvo, dah buat kira2… alhamdulillah… syukur… pengalaman pertama jual bunga lepas balik modal.. dan dapat la untung sikit… buat upah wrap bunga dgn jual bunga…. :) :D tak kesah la badan penat, kurang energy sebab tak cukup tido… jual bunga dgn ngantuk dan mata lebam, tapi aku enjoy…. :D

tak pe, nanti konvo besar bln 8/9 ni kitaorang bukak gerai lagi.. tapi nanti kitaorang ada gerai sendiri…. (sbb dah tau kat sapa nak mintak gerai) :P

20
Mar

Sinopsis Filem Mukhsin

Orked bukan seperti budak perempuan lain, yang lebih suka bermain masak-masak dan kahwin-kahwin. Dia yang kasar kelakuannya, sukar diterima kanak-kanak lain di kampungnya. Malah, orang kampung memandang aneh keluarga ini seperti ketika Orked dan ibu, Mak Inom bermain hujan sementara ayah, Pak Atan melagukan keroncong.

Satu hari, Orked memerhati budak-budak lelaki bermain ‘hantu galah.’ Bila seorang pemainnya terseliuh kaki ada yang mencadangkan Orked menggantinya, tetapi seorang budak lelaki lagak ketua bukan saja enggan, malah membaling bola ke arahnya.

Orked diam, tidak mengelak biarpun bola yang dibaling keras terkena badannya. Sedang mereka mentertawakannya, dia membalas dengan membaling bola sama ke arah budak lelaki tadi yang terkena dahinya.

Dan, hidup Orked pun berubah.

Kehadiran Mukhsin, budak lelaki itu yang datang bercuti di kampungnya membibitkan persahabatan di antara mereka. Orked malah bergaya seperti Mukhsin - baju dan seluar lusuh, serta berkaki ayam, bermain dengan budak lelaki, memanjat pokok dan berbasikal.

Tapi, sebagai kanak-kanak yang meningkat remaja, Mukhsin mula menyimpan rasa terhadap Orked, menyebabkan ujud permasalahan antara mereka. Dan, bagaimana perasaan cinta mampu merosakkan sebuah persahabatan.

Filem Mukhsin berkisar tentang kasih sayang dan percintaan antara watak Orked, 10, dan Mukhsin, 12. Filem ini memaparkan tentang rasa cinta pertama yang timbul di hati mereka.

Bagaimanapun ketika itu masalah yang timbul ialah Orked masih terlalu mentah untuk bercinta, manakala Mukhsin pula sedang melalui zaman peralihan akil baligh.

Hingga hari terakhir Mukhsin meninggalkan kampung Orked, dia masih gagal meluahkan rasa cintanya.

Lalu Mukhsin pergi meninggalkan satu kenangan cinta indah buat Orked yang turut diminati seorang kanak-kanak Cina di sekolahnya.

Orked is ten. Mukhsin is twelve. They meet during one school holiday and quickly become the best of friends.

With “Mukhsin”, I try to examine one common and uncomfortable human experience: What happens when your best friend - someone with whom you’ve been learning to do cool things like climbing trees, flying kites and riding bicycles - starts to develop romantic notions about you?

I feel it’s an interesting human condition to look at, because I myself have never understood how, sometimes, something as beautiful as Love can threaten to end something else that’s just as beautiful - Friendship.

Kredit untuk Budiey (Penulis Sinopsis Filem Mukhsin)

Note: Telah mula ditayangkan di pawagam pada 8 Mac 2007.

12
Mar

Konsert Search.. Selepas Banjir…

Happening…. aku puas hati sesangat…

Bertempat di stadium tertutup mbjb…. aku pergi pun sebab dapat tiket free dari sinar.fm. saje gatal2 tepon sinar.fm masa isyarat memanggil untuk konsert search ni… pastu skali aku jadik pemanggil keenam dan berikan kata laluan…

Sampai je di stadium… aku nampak kelibat rockers2 lain seperti bandi amuk dgn wife (bandi tak pakai topeng)…. siap berdiri lagi sebelah aku… tapi tak sempat nak amik gambar….

Dihostkan oleh dj terkenal di melaka.fm, ismahalil hamzah (seblum ni kat THR fm dan pemilik restoran My Friend Station, Jlan Tun Razak- skrg dah berkubur tempat port aku lepak dulu dgn budak2 anjungcafe) persembahan pembukaan oleh kaum orang asli laut skudai, kumpulan ketam balung. menyanyikan lagu tradisi mereka… pada mulanya mereka hanya nyanyi sekali je… pas tu atas permintaan ramai…. mereka nyanyi hingga 3 kali.

Kesian makcik yg jadi lead singer tu.. tecungap2 tgk dia menyanyi sampai dia kata.. yg ketiga ni last… yang best siap menari lagi ikut irama muzik…

Then.. persembahan oleh kat mentor (adik ipar amy search) nyanyikan 3 lagu. lagu 1st, teman tapi mesra… ada elemen dangdut sket… bila time dia gelek tu… riuh stadium. maklum la yg ramainya lelaki… paham2 je la…. tapi bila dia nyanyi lagu permata biru… hancur sehancurnya…. nak tarik.. tapi sumbang… sampai bingit tinger dengar… mmg tak best pun dia nyanyi… lagu dia yg baru tak sedap… aku tak paham apa dia nyanyi…

Bila amy mula menaiki pentas…. diiringi pemuzik2nya seperti hillary ang, nasir, yazid dan pemuzik jemputan…. joe wings, mereka menggamatkan suasana dgn aksi hillary menunjukkan skil bermain gitar secara solo… diikuti dgn joe wings….

Konsert berlangsung selama 2 jam…. memberi kepuasan dgn lagu yg dinyanyikan secara non-stop… dan persembahan bertenaga amy… sambil bertujuan untuk beramal… separuh dari harga tiket yang berharga rm45… akan disumbangkan kepada mangsa2 banjir di negeri johor…

Job good search… atas keprihatinan anda selaku anak johor terhadap mangsa2 banjir…