Archive for February 21st, 2007

21
Feb

Sumo-Lah (Versi Melayu)

* Filem ini akan
ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 2007*

 
Persatuan Restoran Sushi Kuala Lumpur akan menganjurkan pertandingan tahunan
mereka iaitu Sumo ‘Underground’. Boleh Sushi merupakan pasukan sushi tak
ternama adalah peserta runners-up tahun lalu kekurangan seorang peserta selepas
kehilangan tukang masak mereka, Hasan. Mereka harus mencari pengganti secepat
mungkin, dan secara kebetulan mereka berjumpa dengan Ramlee.

 
Apakah yang akan
terjadi bila seorang lelaki Melayu yang baran dan tiada keyakinan hidup dipaksa
menyertai dunia sumo yang terkenal dengan penuh cabaran?

 
Cerita ini
mengisahkan tetang seorang lelaki yang tidak ‘bermaya’ bernama Ramlee (Afdlin
Shauki) yang tidak mampu melakukan sesuatu kerja dan bekerja untuk tempoh masa
yang lama. Sikapnya ini telah mengecewakan ibunya (Kartina Aziz). Dalam keadaan
tiada pekerjaan dan kesempitan wang, Ramlee tekad untuk menyertai pertandingan
yang dianjurkan oleh pemilik restoran Boleh Sushi, Honda (Patrick Teoh) iaitu
‘Makan Sushi Sebanyak Mana Yang Anda Boleh Makan Secara Percuma’ dan
pertandingan itu dalam tempoh masa tertentu sahaja.

 
Dalam keadaan
yang sangat lapar dan tertekan dengan perjalanan hidupnya, Ramlee menyertai
pertandingan itu dan akhirnya kalah. Sebagai syarat di atas kekalahan itu,
Ramlee bekerja dengan Honda di restoran itu untuk menebus kekalahan itu. Maka
Ramlee menjadi pekerja Restoran Boleh Sushi bersamasama dengan Haris (Awie) dan
Andy (Radhi Khalid). Ramlee juga terpikat kepada anak gadis Honda yang cantik, Siti
(Inthira Charoenpura) yang memilik darah kacukan Jepun dan Melayu. Selepas
detik itu, barulah Ramlee mempelajari erti kehidupan selepas mendapat kerja,
rakan-rakan dan keluarga yang baik.

 
Suatu hari,
Ramlee sedar bahawa salah satu daripada tugasnya ialah dia harus menyertai
‘Malaysian Sushi Association Amateur Sumo Wrestling Championship’ yang
dianjurkan oleh semua pemilik restoran sushi tempatan yang dimiliki oleh local
Japanese.

 
Ketika Ramlee
menyertai perlawanan persahabatan, Akira (Gurmit Singh), iaitu bekas kekasih
Siti telah memperlekehkan Ramlee di khalayak ramai. Ini berlaku selepas Ramlee
mendapati dia telah diperangkap supaya bekerja dengan Boleh Sushi kerana Honda
terdesak untuk mencari ahli ketiga untuk pasukan sumo mereka.


Ramlee terpaksa
membuat pilihan – samada untuk menyertai dan berjuang untuk Boleh Sushi dalam
kejohanan itu atau meninggalkan keluarga barunya itu. Lalu, dia mengambil
keputusan untuk menyahut cabaran dan mula berlatih dengan ahli-ahli kumpulan
itu untuk kejohanan besar tersebut.

 
Ramlee juga
mempelajari maksud perkataan ‘nokotta’ – jangan berputus asa, pertandingan
masih belum berakhir. Dia mengerti bahawa apa jua keputusan, penghormatan dalam
pertandingan adalah perlawanan yang baik dan telus. Maka, cabaran Ramlee adalah
untuk mengabaikan ssmua alas an yang telah dia buat sebelum ini dan terus
berjuang hingga ke titisan peluh yang terakhir, tak kira apa jua yang berlaku.

 
*Mari kita
saksikan buah tangan Afdlin Shauki. Semoga anda seronok menonton cerita ini.