04
Jan
07

Review Filem – Tentang Bulan

Aku berkesempatan menonton citer
Tentang Bulan ni, arahan Ahmad Idham pada ari rabu tgh ujang lebat memandangkan
ari rabu harga tiket wayang murah murah sket kat GSC.
Cerita ni memang best, seronok sebab ia
mengimbau zaman kanak-kanak zaman-zaman 80an dulu. Teringat zaman aku kecik2
dulu. Ye la.. zaman nakal2 lagi.
Maklum la,
kanak2 ribena.

 

Cerita ni mengisahkan 5 kawan iaitu
Mawi, Abu (Bulat), Ibrahim (Ketot), Budi dan Ila yang bersahabat baik.
Biasa la, kalao citer budak2 ni
mesti ada salah sorang yang jadi leader. Dalam citer ni Mawi slalu jadi leader.
Bulat ni plak slalu kuat makan.
Kejap2 melantak
je keje dia. Ketot plak suka cakap mcm bagus je, tapi bila ada masalah slalu
dia pas pada Mawi untuk setelkan.
Budi ni ada penyakit semput dan dia memang tak lekang dgn
inhaler dia.

 

Setiap
malam pas balik mengaji diorang mesti lepak kat port diorang untuk melihat
bulan. Sambil2 tu masing2 berangan la nak jumpa bulan. Si mawi bercita2 nak
jadi angkasawan negara dan berangan nak pegi bulan. Si Bulat ni sambil baring2
kat port pun sempat mengunyah lagik. Tapi kesian kat Ila, selalu kena pukul dgn
maka dan ayah dia sebab berkawan dgn budak lelaki dan slalu balik ngaji lambat
sebab join budak 4 orang tu lepak kat port tengok bulan.

 

Suatu
hari ada budak pompuan baru pindah kat kampong diorang.
Apa lagi, budak2 lelaki ni suma dok tekel si Zurina (Ina)
ni. Maklum la, awek cun. Diorang dah pinggirkan Ila. Ila rasa kecik hati sebab
kawan2 dia suma dah tak nak kawan dengannya. Sampai la si Ila buat make over
tukar cara dressing. Bila si Ila ni dah pakai baju ala2 pompuan, budak2 ni
gelakkan dia. Sampai la Ila dihantar untuk tinggal dengan Paklongnya di KL, tak
sorang pun kawan2 ni tau dan amik pedulik. Bila Mawi tau tentang pemergian, dia
berasa bersalah sangat sebab tak endahkan Ila.

 

Pada hari pemergian Ila ke KL, Mawi
terus mengejar kereta bapa Ila. Tapi Mawi tak berjaya berjumpa Ila pada saat2
terakhir. Apakah yang terjadi selepas tu? Siapa yang berjaya berkahwin dgn Ina
selepas 20 tahun kemudian? Hehehe… Saje je aku tak nak bagitau, sebab nak soh
korang pegi tengok.

 

Tapi citer ni memang klakar giler
la. Aku asik tergelak sampai terkeluar air mata dari awal sampai la akhir
citer. Ye la, sebab flash back zaman kanak2 dolu2. ye la, main teng-teng, mandi
sungai, pegi ngaji malam2, bila malam2 tgk bulan, main lastik. View citer ni
pun best, lokasi di perlis, tengah2 ladang, ada keretapi barang lalu. Syahdu
bila kenangkan zaman kanak2.

 

Saper2 yang tak tengok lagi, aku
suggest baik korang pegi tengok dan korang bleh tau ending citer ni. Mesti suma
korang akan terhibur walaupun ada gak part sedih dalam citer ni.




2 Responses to “Review Filem – Tentang Bulan”


  1. 1    KhairulFadzli January 12, 2007 at 8:51 am

    ok tuu.pasni komen cita Syaitan plak kk…

  2. 2    Ika January 21, 2007 at 11:29 pm

    aku kena pegi tgk dulu la cite syaitan tu… pastu baru bleh review

Leave a Reply