Archive for January, 2007

04
Jan

Review Filem – Tentang Bulan

Aku berkesempatan menonton citer
Tentang Bulan ni, arahan Ahmad Idham pada ari rabu tgh ujang lebat memandangkan
ari rabu harga tiket wayang murah murah sket kat GSC.
Cerita ni memang best, seronok sebab ia
mengimbau zaman kanak-kanak zaman-zaman 80an dulu. Teringat zaman aku kecik2
dulu. Ye la.. zaman nakal2 lagi.
Maklum la,
kanak2 ribena.

 

Cerita ni mengisahkan 5 kawan iaitu
Mawi, Abu (Bulat), Ibrahim (Ketot), Budi dan Ila yang bersahabat baik.
Biasa la, kalao citer budak2 ni
mesti ada salah sorang yang jadi leader. Dalam citer ni Mawi slalu jadi leader.
Bulat ni plak slalu kuat makan.
Kejap2 melantak
je keje dia. Ketot plak suka cakap mcm bagus je, tapi bila ada masalah slalu
dia pas pada Mawi untuk setelkan.
Budi ni ada penyakit semput dan dia memang tak lekang dgn
inhaler dia.

 

Setiap
malam pas balik mengaji diorang mesti lepak kat port diorang untuk melihat
bulan. Sambil2 tu masing2 berangan la nak jumpa bulan. Si mawi bercita2 nak
jadi angkasawan negara dan berangan nak pegi bulan. Si Bulat ni sambil baring2
kat port pun sempat mengunyah lagik. Tapi kesian kat Ila, selalu kena pukul dgn
maka dan ayah dia sebab berkawan dgn budak lelaki dan slalu balik ngaji lambat
sebab join budak 4 orang tu lepak kat port tengok bulan.

 

Suatu
hari ada budak pompuan baru pindah kat kampong diorang.
Apa lagi, budak2 lelaki ni suma dok tekel si Zurina (Ina)
ni. Maklum la, awek cun. Diorang dah pinggirkan Ila. Ila rasa kecik hati sebab
kawan2 dia suma dah tak nak kawan dengannya. Sampai la si Ila buat make over
tukar cara dressing. Bila si Ila ni dah pakai baju ala2 pompuan, budak2 ni
gelakkan dia. Sampai la Ila dihantar untuk tinggal dengan Paklongnya di KL, tak
sorang pun kawan2 ni tau dan amik pedulik. Bila Mawi tau tentang pemergian, dia
berasa bersalah sangat sebab tak endahkan Ila.

 

Pada hari pemergian Ila ke KL, Mawi
terus mengejar kereta bapa Ila. Tapi Mawi tak berjaya berjumpa Ila pada saat2
terakhir. Apakah yang terjadi selepas tu? Siapa yang berjaya berkahwin dgn Ina
selepas 20 tahun kemudian? Hehehe… Saje je aku tak nak bagitau, sebab nak soh
korang pegi tengok.

 

Tapi citer ni memang klakar giler
la. Aku asik tergelak sampai terkeluar air mata dari awal sampai la akhir
citer. Ye la, sebab flash back zaman kanak2 dolu2. ye la, main teng-teng, mandi
sungai, pegi ngaji malam2, bila malam2 tgk bulan, main lastik. View citer ni
pun best, lokasi di perlis, tengah2 ladang, ada keretapi barang lalu. Syahdu
bila kenangkan zaman kanak2.

 

Saper2 yang tak tengok lagi, aku
suggest baik korang pegi tengok dan korang bleh tau ending citer ni. Mesti suma
korang akan terhibur walaupun ada gak part sedih dalam citer ni.

02
Jan

How Can Be Lovers.. Part 2

bila saya terdengar lagu michael bolton tu, saya terus teringat kat awak. masa kita kenal dulu, kalo tak silap masa tahun 1999 kat anjungcafe, suma anjung tau, kalo kita berdua online je mesti gaduh giler babas. kat window mirc tu, chatters lain suma tgk ayat2 pergaduhan kita. kecoh la time tu. sampai bebudak ac cakap, kalo kita masuk je,anjungcafe dilanda  mcm peting beliung. sama jugak la kalo cakap kat tepon, mcm2 perkataan kuar. nasib baik yang dengar tu kita berdua je. kalo org lain dengar, mau geleng paler 20 kali.

saya heran la naper awak nak sangat bergaduh dgn saya kat AC. chatters AC yg lain cakap, awak suka gaduh dgn bebudak pompuan. malah obi sendiri cakap benda yang sama pada saya.. tu la… nak sangat gaduh dgn saya, at last samapi awak sendiri suka kat saya. siot je. padan muka. awak hingat saya suker kat awak. dah la mulut awak kalah macam  bontot ayam, seribu kali pun saya tak nak.

tapi awak ni mcm biskut. kejap ada kejap tak. dulu masa awak keje dkt company based kat hong kong, awak ada tolong passkan resume saya kat bos awak. konon saya nak carik keje la. time tu saya lom sambung master lagi la. taim tu pun awak dah mula bebaik dgn saya, ckp pun dah ok. tak macam dulu.

ceh… rupa-rupanya bila dah bebaik dgn saya, ada hati nak tekel saya. manyak cantik muker. kerana mulut santan binasa. saya tak boleh lupa kata2 awak dulu masa skali awak call saya. time tu saya tengah final year degree. tetiba je awak cakap awak bagi tempoh setahun kat saya, prepare apa2 yang patut, pastu awak nak kawen dgn saya. terus saya balas balik kata2 awak tu. awak ingat saya nak ke? dah la seblum ni perangai mcm apa.. tetiba je nak kawen dgn saya. huhuhuhu… soriii… naik lori la. mintak maaf la banyak2. saya.. belajar pun tak abis lagi.. nak soh kawen. tak rugged la. kalo nak kawan.. kawan je la. takde la citer2 pasal kawen ni. muda lagi beb. time tu saya baru 22 tahun. siot je..

to be continued…