Pergh… lamanya aku tak tulis blog. Ada la kat 2-3 bulan. Bukan tak berkesempatan, tapi aku bebetul busy sgt. Dengan keje yang melambak2 lagi, pas tu kena balik melaka sbb adik aku kat Jepun ada balik la, mak aku nak buat kenduri la dan macam2 lagi la.
Yang wat aku sibuk sebab nak kena buat research paper untuk hantar kat international journal kat Science Direct untuk masuk kat Journal of Optical Materials. Pastu kena prepare abstract utk International Conference of Solid State Materials 2006 yg akan diadakan di Kuala Terengganu. Tu pun aku tak abis wat lagi abstract tu sbb lom abis analisis data UV-VIS.
Pastu dengan game bowling Terbuka SMART Fakulti Pengurusan la, nasib baik naib johan berkumpulan dan ketiga individu. Pastu game bowling Inter Department, Fakulti Sains, kali ni aku nyer skot teruk abis. Dah la dgn sakit kepala, tak cukup tido, mmg patut pun skor rendah. Mental drop. Setiap malam jumaat gi main badminton kat Kulai dgn staf2 bank muamalat, kira opis mate boipren aku. Kekadang ikut diorng pegi main futsal, friendly dgn bank2 yang ada kat area JB ni. Aku ni pom pom girl je. Citer pasal futsal ni, dah lama aku tak main sejak geng2 team aku kawen dan jadik mak buyung ni. Hehehehe…
Tapi yang wat aku sakit jiwa ialah pasal masters aku ni. Dah bebaik tengah writting thesis, kira dah nak abis, ale2 supervisor aku kata projek research aku ni tak cukup untuk qualify master… Aku kena wat sampel kaca yang baru n wat optical characterization. Punya la panas hati aku bila kena wat tu suma. Dah bebaik aku bleh submit tesis semester ni dan tunggu viva, skali kena tambah satu sem lagi. Tension giler beb. Dah la aku nak abiskan masters ni cepat2. Tak larat lagi nak ngadap buku. Wat sakit kepala je.
Dalam masa yang sama, aku dapat interviu keje kat Senai Seagate tu. Ala.. yang buat hardisk komputer la. Tinggi gak starting yg aku mintak. Maklum la Masters Degree qualifications. Physics lagi tu. Terpaksa la aku lepaskan job tu sbb masters aku tak abis la. Rugi… rugi… Kalau aku dah keje dlm 6 bulan cukup la kumpul duit nak kawen dan wat down payment beli umah kat Mutiara Rini. Silap2 muka kuar Honda Jazz pun dah boleh. Tapi apa bleh buat, bukan rezeki aku. Kena la abiskan masters ni. Padahal aku dah boring tahap cipan ni.
Line internet kat UTM ni pun satu. Slalu sangat server down. Dah la seminggu offline sebab virus attack. Haha.. Padan muka aku… Tak bleh online. Ari ni kira ok la.. tu pun giler gak. line kat sini bengong, kejap boleh kejap tak… Huhuhu…
0 Responses to “Perghhh….”
Leave a Reply