13
Jan
06

DiLeMa HiDuPkU…

Wahai hati… tenang la engkau. Sunnguh banyak masalah yang harus kuhadapi semenjak dua menjak ni. Dalam keperitan untuk menyiapkan tesis master, timbul masalah lain yang sungguh aku tak jangka. Aku dah rasa bosan dgn kehidupan ni. Apa yang aku buat suma tak kena..

Lepas raya ari tu, ada sorang mamat ni approach aku. Seblum ni aku kenal gak dia tapi kenal2 mcm tu je. Pada mulanya aku tak suka kat dia sebab dia berbadan beso. Selalu aku kutuk dia dgn panggil anak gergasi/resaksa/king kong. Tapi bila aku kenal dia, aku enjoy kawan dgn dia. Happy giler siot. Dia ni dtg dlm hidup aku ni mcm tau2 je yg aku dgn pakwe aku tgh ada problem besar hingga aku tawar hati dgn pakwe aku ni.

Bila aku kawan dgn mamat ni, dia beria2 nak serius dgn aku padahal umo dia lagi muda setahun dari aku. Siap bagi dateline lagi nak bertunang dgn aku bulan 6 ni. Aku konpius… Aku sayang pakwe aku tapi 3 tahun kawan takde apa pun yg boleh aku pegang, tapi aku rasa enjoy kawan dgn aku. Yang aku bengang dgn pakwe aku ni, dah la kenal 3 tahun tp sorang pun famili dia tak tahu pasal aku kecuali abang dia yg baru pindah kluang, sedangkan mamat yg baru aku kawan rapat ni siap boleh citer kat mak dia pasal aku dan mak dia nak sgt nak jumpa aku.

Huhuhu.. pening nak pikir. Nak luah mati mak, nak telan mati bapak. Kalau aku clash dgn pakwe aku ni dan pilih mamat ni, aku rasa kesian plak kat pakwe aku. Puas aku wat semayang hajat dan istiharah mintak petunjuk. Bila aku wat perbandingan antara kedua-dua org ni, aku dapati mamat ni lebih banyak kelebihan berbanding pakwe aku ni. Pakwe aku ni dah la baran, pas tu kepala hangin je. Seminggu kalu tak gaduh sekali, tak sah. Bila aku mintak pendapat kawan2 aku yg kenal baik/rapat/kamceng dgn pakwe aku dan mamat ni, suma kata aku ni bodoh kalau pilih pakwe aku ni. Camna erk…

Yang mamat sorang ni pun mengharap gak kat aku. Aku jadi serba salah. Harap2 sapa2 yang baca blog aku ni bleh la bagi pendapat… Mmmmmm.. Kalau la badan aku ni bleh dibahagi kepada 2, takde sapa yang akan kecewa.. Tapi, itu suma mustahil..




2 Responses to “DiLeMa HiDuPkU…”


  1. 1    Fakhrin January 25, 2006 at 2:24 am

    apa la susah sgt solat sunat istiharah..buat tiap2 mlm, jgn tinggal, nescaya allah tunjukkan jln……if u trust in god, god will help you to find the best path for you… believe me….no.believe in god..

  2. 2    Ika Shazreen May 10, 2006 at 1:17 am

    thankz bro. aku penah mimpi pasal mamat tu sebelum aku kenal dia. aku teringat pasal mimpi tu bila aku alaminya sendiri dlm alam realiti..

Leave a Reply