Arghhh.. penatnya. Aku baru je balik dari IOI Marriott Hotel Putrajaya attend seminar International Conference on Advanced Materials anjuran UPM. Aku dok kat IOI Palm Resort, sebelah Marriott. Dah la sewa hotel mahal nak mampus. Aku boleh claim RM145 je utk satu malam padahal aku dok Palm Resort je satu malam dah RM184. Giler betul. Tu pakai corporate rate.
Time seminar la paling best, jumpa kawan2 lama yang sama2 degree dulu kat UTM. Kebanyakannye junior aku dulu. Amiza dan Zuraiha. Then kenal gak kawan2 baru, iaitu kawan2 pada Zurai dan Miza. Diorang la geng2 aku kat sana especially time makan dan skip presentation poster.
Aku dan Miza present poster je, not oral presentation. Jadi time sesi poster tu, aku, Miza dan Zurai sempat lari gi Alamanda Putrajaya gi shopping. Hehehe…
Next seminar aku akan ke Kuantan attend seminar Regional Conference on Solid State Science & Technology dari 18-21 Disember. Yang ni aku kena oral presentation. Jgn menggeletar masa present paper dah le. Kecut perut beb sbb aku jadi org ke 2 present kat Grand Ballroom. Huhuhuhu…
So, bulan ni bulan aku berkerja sambil berjalan2. Best gak. At least takde la terperuk dok kat lab yang sejuk giler…